fb fb fb fb fb

BN tumpu PRN Sabah sebelum bincang kedudukan MIC

Foto Bernama

PUTRAJAYA, 19 November – Barisan Nasional (BN) dijangka memanggil mesyuarat Dewan Tertinggi bagi membincangkan kedudukan MIC selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selesai.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, fokus utama gabungan itu ketika ini adalah memastikan gerak kerja PRN Sabah berjalan lancar, dengan semua parti komponen bersetuju memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya berkenaan.


"Kita akan berikan keutamaan... semua parti komponen mempunyai persefahaman bahawa keutamaan ketika ini adalah PRN Sabah. Kita selesaikan dulu di Sabah dan perkara itu difahami oleh semua parti komponen.

"Selepas itu kita akan bersama-sama berbincang dan menangani isu yang dibangkitkan dalam semangat Barisan Nasional," kataya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di Putrajaya.

Terdahulu, MIC memutuskan untuk menangguhkan keputusan
sama ada kekal atau berpisah daripada BN selepas usul berkaitan dibentangkan pada perhimpunan agung tahunannya.

Usul itu kini berada di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat untuk tindakan lanjut.

AZRUL FAIZAL JUSOH