fb fb fb fb fb

Polis Kelantan tubuh Pasukan Pemantau sempena perayaan Aidilfitri

TUMPAT, 25 April - Polis Kelantan menubuhkan Pasukan Pemantau di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi menangani kesesakan ekoran peningkatan kemasukan bilangan kenderaan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya menjangka kesesakan akan tertumpu di daerah Kota Bharu memandangkan terdapat pusat membeli belah.

Pasukan pemantau yang ditubuhkan itu akan segera bertindak sekiranya didapati berlaku kesesakan teruk di lokasi malah keanggotaannya akan ditambah mengikut keadaan semasa.

Selain itu lokasi sempadan negeri iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli juga mula menerima peningkatan pengguna jalan raya.

(Shafien ketika ditemui pemberita)

"Jadi semua Ketua Polis Daerah (OCPD) telah diarah untuk bersiap sedia dengan kekuatan yang ada diperingkat masing-masing, dan kita jangkakan juga daerah-daerah yang bersempadan seperti di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli turut menerima jumlah kenderaan dan jumlah pengguna-pengguna jalan raya yang mungkin meningkat dalam beberapa hari lagi," kata Shafien di sini.

Menurutnya lebih 200 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dimiliki kontinjen Kelantan akan digunakan semaksima mungkin selain penugasan daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pencegahan jenayah.

Terdahulu beliau hadir dalam majlis Jom Sahur bersama petugas barisan hadapan di Stesen Petron Pasir Pekan awal pagi tadi.

Media Baharu