fb fb fb fb fb

Perangi habis-habisan rokok seludup-Khairy

(Khairy pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (Gegar-18),
di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra)


BANGI, 25 April- Kerajaan komited dalam memerangi habis-habisan pasaran gelap dan rokok seludup secara menyeluruh dalam negara. 

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin usaha itu akan dilakukan bersama Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi pelaksanaannya.

Katanya, kira-kira 60 peratus pasaran rokok di Malaysia membabitkan rokok seludup dan jumlah itu memberi impak besar kepada usaha kerajaan menjadikan Malaysia bebas rokok.

Beliau berkata, kejayaan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Merokok tidak bermakna jika rokok seludup masih berleluasa di pasaran gelap.

"KKM akan bertemu dengan JKDM dan PDRM serta agensi berkaitan untuk membincangkan usaha ini.

(Kerajaan komited dalam memerangi habis-habisan pasaran gelap dan rokok seludup/FOTO HIASAN)

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (Gegar-18), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang meida berkenaan,  Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam pada itu, katanya tiada pengiklanan bagi apa jua produk merokok termasuk Rokok elektronik (Vape), merupakan antara kawalan yang akan dikuatkuasakan.

Media Baharu