fb fb fb fb fb

Melaka wujudkan pusat pengumpulan hasil tani di pasar utama tahun depan

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

JASIN, 19 November - Kerajaan Negeri Melaka bakal mewujudkan pusat pengumpulan hasil tani dalam pasar-pasar utama di negeri itu, tahun depan. 

Usaha itu dijalankan dengan kerjasama Persatuan Peladang Negeri Melaka. 

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia bagi membolehkan petani di Melaka memasarkan terus produk tanpa pembabitan orang tengah.

Beliau berkata, satu perbincangan akan dijalankan bersama keempat-empat pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti pasar dan kawasan yang sesuai untuk tujuan itu.

"Kita dalam tempoh terdekat akan mengadakan mesyuarat dengan PBT untuk mengenal pasti kerana kita melihat pasar-pasar ini sudah penuh.

"Di bawah ini, kita juga ingin mendapatkan satu atau dua slot dalam pasar tersebut menggunakan kuasa negeri. Jadi macam apapun kata orang, masalah orang tengah ini dapat kita atasi dan masalah kita terpaksa jual kepada orang Rohingya, Bangladesh ini dapat kita atasi", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Perasmian Program Hari Ladang Peringkat Daerah Jasin 2025 di Ladang Jagung Kampung Rim, Jasin.

Dalam pada itu, sebanyak RM21 juta diperuntuk bagi Projek Keterjaminan Makanan di seluruh Melaka.

ROSLINA BINTI DIN