fb fb fb fb fb

'Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa merupakan guru dalam perkhidmatan awam' - KSN

PUTRAJAYA, 25 April - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Ujarnya allahyarham banyak menabur jasa dan menyumbang khidmat bakti kepada negara sepanjang berkhidmat diperkhidmatan awam.

"Tan Sri seorang yang bekerja kuatlah kerja dari hati dan saya dapat rasakan pengalaman berkhidmat secara terus dengan beliau, dan saya rasakan memang kita kehilangan besarlah kehilangan yang amat besar diatas pemergian allahyarham," katanya ketika menziarahi kediaman Allahyarham Ali di sini.

Mohd Zuki turut menyatakan bahawa allahyarham sebagai gurunya dalam perkhidmatan awam.

(Mohd Zuki ditemui pemberita di kediaman Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa)

"Tan Sri (Ali) adalah cikgu, banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami dan insyaallah memang segala jasa Tan Sri tidak dapat dilupakan," kata beliau lagi.

Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa yang berkhidmat sebagai KSN selama enam tahun dari tahun 2012 meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada 21 April lepas.

Penerbangan yang membawa jenazah Ali tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan jenazah dibawa ke rumahnya kira-kira pukul8.26 pagi.

Media Baharu