fb fb fb fb fb

Malaysia perkukuh kesiapsiagaan hadapi teknologi nuklear

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 November - Malaysia telah mengambil tiga langkah sewajarnya bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani krisis melibatkan sinaran dan teknologi nuklear. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata antara langkah yang dilaksanakan termasuk menambah pemantauan arah sinaran di beberapa lokasi strategik di negara ini.

“Kedua, melaksanakan latihan atau drill yang melibatkan pelbagai senario seperti pencemaran radioaktif di persekitaran atau perairan negara dengan penglibatan pelbagai pihak seperti NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), Majlis Keselamatan Negara, PDRM (Polis Diraja Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia, lain-lain agensi dan kementerian.

“Ia bertujuan menguji dan menambah baik semua SOP berkaitan seperti komunikasi dan koordinasi antara agensi, pelan kontigensi sekiranya berlaku kemalangan radiologi atau nuklear, keupayaan untuk tindak balas segera dan sebagainya,” katanya.

Penyataan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin di Dewan Rakyat di sini.

Selain itu katanya, kerjasama agensi dan institusi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) turut dilakukan seperti Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah bagi pemantauan kandungan radioaktif dalam pelbagai sampel.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM