fb fb fb fb fb

Ops Pantau 2024, fokuskan aspek kebersihan dan pelabelan - KPDN

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Ops Pantau 2024 yang dilancarkan sejak 12 Mac 2024 memfokuskan aspek utama ialah kebersihan dan pelabelan.

Lebih 3,000 penguat kuasa digerakkan bagi memantau harga barang di seluruh negara.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam berkata operasi itu juga memfokuskan bekalan dan harga barangan, alat timbang serta penjualan barang-barang tiruan.

"Setakat enam hari bermula dari 12 Mac-17 Mac, kita terima 289 aduan dan 179 aduan adalah berkaitan tanda harga."

"Tanda harga dan harga yang tidak munasabah. Jadi, ini menunjukkan bahawa pengguna-pengguna kita sangat peka tentang pergerakan harga dan peletakan harga oleh peniaga," kata Datuk Azman kepada pemberita selepas bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

KPDN mengalu-alukan sebarang aduan orang ramai sekiranya wujud pelanggaran sekali gus dalam memperketat penguatkuasaan peraturan sedia ada.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM