fb fb fb fb fb

Ops HRA 2023: JPJ keluar 542 notis saman

(FOTO RTM)

ARAU, 27 April-Sebanyak 542 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2023 atau Ops HRA 2023 bermula 18 April lalu.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, Kesalahan Teknikal dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat antara saman tertinggi direkodkan dengan masing-masing 138 saman dan 100 saman.

Menurutnya lagi, sebanyak 18 buah kenderaan disita atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya sebanyak 4,853 kenderaan telah diperiksa dengan 273 kenderaan diambil tindakan.

Seramai 145 anggota penguat kuasa JPJ Perlis terlibat dengan Ops HRA 2023.


(JPJ Perlis melakukan Ops HRA 2023/FOTO RTM)

Media Baharu