SEREMBAN, 27 April-Penularan kes COVID-19 di Negeri Sembilan masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata orang ramai diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup separuh muka apabila berada di tempat-tempat yang sesak.
"Buat masa ini, kita nasihatkan agar memakai pelitup separuh muka sekiranya berada di tempat-tempat sesak seperti Kompleks beli-belah", katanya ketika ditemui RTM di Wisma Negeri di sini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya belum lagi menerima sebarang laporan berkaitan subvarian baharu BF.7 dan XBB1.6 di negeri berkenaan.
(Foto hiasan/FOTO RTM)