fb fb fb fb fb

Tujuh paip bawah tanah bocor punca tanah runtuh di Akademi SPRM

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 27 April-Sekurang-kurangnya tujuh paip bawah tanah di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia didapati bocor.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Zulkipli Nasri berkata, perkara itu hasil siasatan terperinci yang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi kejadian berkenaan.

Katanya lagi, keadaan itu menyebabkan berlaku pengaliran air hingga mengakibatkan berlaku tanah runtuh di kawasan itu.

Zulkipli turut berkata ketika berlaku runtuhan, terdapat banyak yang keluar dipercayai dari paip yang dianggar berusia lebih 40 tahun itu.

"Indikator awal daripada pihak akademi juga memaklumkan bil air mereka meningkat", katanya kepada pemberita.

Zulkipli turut memaklumkan butiran terperinci dan penyiasatan lanjut sedang dijalankan.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hasil siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun mendapati wujud kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di lokasi kejadian.


(kawasan tanah runtuh di Akedemi SPRM)

Media Baharu