fb fb fb fb fb

PM, Tok Mat salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran

(FOTO BERNAMA)

REMBAU, 27 April-Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun, semalam.

Bantuan diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Ton Zalani Mat Darus kepada keluarga Abd Rahaman Che Teh, 73 tahun yang diwakili anaknya, Muhammad Al-Hafiz, 35 tahun.

Datuk Seri Shamsul Iskandar berkata, Perdana Menteri bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga itu selepas rumah pusaka yang didiami terbakar ketika warga emas itu bersama-sama 12 orang keluarganya terdiri daripada anak, cucu dan menantu berada dalam suasana Aidilfitri.

"Bagi pihak perdana menteri, saya sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hafiz, dan tentunya ini merupakan ujian yang berat.

" Saya telah bercakap dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan", katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di rumah mangsa kebakaran di Rembau.

Dalam pada itu, turut hadir menyampaikan bantuan adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad.


(Bantuan diserahkan oleh Shamsul Iskandar dan Ton Zalani kepada keluarga Abd Rahaman,
yang diwakili anaknya Muhammmad Al-Hafis (Foto BERNAMA)


Media Baharu