SHAH ALAM, 4 April- Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 39 kompaun bernilai RM78,000 ke atas 203 premis industri di seluruh negara semasa Ops Gempur Raya 2024 yang dilaksanakan bermula 17 Mac lepas.
Menteri Sumber Asli, dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kompaun itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Susulan air negara, Perdana Menteri telah minta Timbalan Perdana Menteri untuk mempengerusikan jawatan kuasa khas supaya kita dapat tumpu kepada sungai. Itu kita akan buat secara berterusan," katanya kepada pemberita di sini.
Operasi berkenaan tertumpu kepada industri termasuk pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia serta petroleum dan premis yang terletak di hulu takat pengambilan air.