fb fb fb fb fb

Operasi SAR tiga penyelam warga asing tertumpu di permukaan air

MERSING, 7 April - Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi penyelam warga asing yang masih hilang di perairan Mersing, Johor, kini hanya memfokuskan pencarian di permukaan air.

Manakala 30 penyelam pelbagai agensi tidak akan terlibat dalam pencarian esok.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata bagaimanapun operasi SAR membabitkan aset kapal di tengah laut masih diteruskan seperti biasa.


(Lokasi penyelam warga asing yang hilang di perairan Mersing)

Pengkalan hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, pula ditutup pukul 6 petang tadi, dan dijangka beroperasi semula pukul 8 pagi esok.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam muat naik di Facebook menitahkan, agar aktiviti menyelam dan snorkeling dihentikan sementara waktu berikutan kejadian tersebut.

Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum boleh dibenarkan beroperasi semula.

Media Baharu