fb fb fb fb fb

Insiden gaduh di sekolah, KPM tunggu laporan terperinci

IPOH, 7 April - Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor, yang videonya tular di media sosial, sejak semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pihaknya sedang menunggu laporan terperinci berhubung perkara tersebut, sebelum mengenakan sebarang tindakan sewajarnya.

“Kami belum terima laporan terperinci dan siasatan lanjut perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat lengkap sebelum tindakan diambil,” katanya selepas melancarkan program Accelerated School Leaders Initiative (ASLI) di sini hari ini.

(Tangkap layar sekumpulan pelajar sedang bergaduh di sekolah menengah di Sepang, Selangor/FOTO orang awam)

Oleh itu, Mah berharap agar elemen keharmonian lebih giat dipromosikan bagi membina jati murid daripada berulangnya kejadian yang sama seperti kes buli serta gaduh di mana-mana sekolah.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pergaduhan dua kumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah dipercayai berpunca daripada ejek mengejek.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, dua kumpulan pelajar saling tolak menolak sebelum dileraikan oleh beberapa guru.

Media Baharu