fb fb fb fb fb

Operasi SAR di Bukit Durian memasuki hari keempat

(Operasi SAR kesan Goh Sang Seng memasuki hari keempat)

MUAR, 28 November- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang pendaki dikenali sebagai Goh Sang Seng, 56, yang dilaporkan hilang di Bukit Durian, Batu Sepuluh, Pagoh, di sini pada Khamis telah memasuki hari keempat.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail memaklumkan operasi hari ini melibatkan kawasan pencarian di bahagian bawah dan lereng bukit.

Operasi melibatkan dua kumpulan iaitu terdiri daripada 46 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 12 orang pendaki awam.

Mohd Fadli berkata, sehingga kini masih tiada petunjuk ditemui berkenaan lokasi lelaki terbabit.

Goh Sang Seng dilaporkan hilang semasa mendaki bersama 20 pendaki di Bukit Durian pada pukul 7.00 malam, 24 November lalu.

Difahamkan, mangsa hilang jejak ketika menuruni bukit itu secara berseorangan.

(Laluan mendaki Bukit Durian)

Media Baharu