fb fb fb fb fb

Operasi pemadaman kebakaran di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura masih diteruskan

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 30 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang meneruskan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, Kuantan sejak Khamis lalu.

Anggaran keluasan kawasan terbakar ialah kira-kira 30 hektar yang dilaporkan terbakar akibat cuaca panas.

Pegawai JBPM Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan berkata, operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijangka mengambil masa lama berikutan keadaan cuaca panas beserta angin.

"Operasi melibatkan 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu,"katanya.

Jelasnya, anggota bomba menggunakan teknik pancutan air terbuka menggunakan hos dari pam angkut untuk memadam kebakaran tersebut.

Menurutnya, setakat ini, kira-kira 23 hektar keluasan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan itu dilaporkan terbakar akibat cuaca panas.

JBPM Pahang tiba di lokasi kebakaran pada pukul 9.08 pagi tadi bagi menjalankan operasi pemadaman.

TETITIA YUSOFF