KUALA LUMPUR, 30 Mac- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 bagi menjaga keselamatan rakyat sempena musim perayaan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata ia bagi mencegah kemalangan dan tragedi yang tidak diingini.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota yang sudi untuk berkorban untuk bercuti dengan keluarga tersayang."
"Mereka tahu atas bahu mereka adalah amanah dan tanggungjawab kepada negara. Kita beri tabik hormat kepada abang-abang bomba kita," kata Nga kepada pemberita selepas meluncurkan Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 JBPM.
Pada Februari lalu, jumlah kes kebakaran terbuka direkodkan sebanyak 5,556 kes iaitu peningkatan melebihi enam kali ganda berbanding 746 kes yang direkodkan pada Januari.
Antara negeri yang mengalami peningkatan yang tertinggi adalah Kedah (741 kes), Selangor (661 kes), Johor (505 kes) dan Sabah (534 kes).