fb fb fb fb fb

Operasi mencari dua pendaki wanita diteruskan

IPOH, 18 Mei - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai diperluaskan ke kawasan laluan air dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri, bantuan jentera berat jengkaut daripada syarikat konsesi digunakan bagi menggali tanah dan serpihan kayu balak yang menutupi terowong laluan air tersebut.


(Operasi SAR diteruskan di sini)

"Selain itu, pencarian di laluan kepada air juga masih diteruskan dengan memfokuskan kepada kawasan longgokan batang buluh dan kayu balak," katanya di sini.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua pasukan membabitkan 53 kekuatan.

Kedua-dua wanita itu dikenali sebagai See Su Yen, 32 dan Ng Yee Chew, 46, yang berasal dari Cheras dan Klang, Selangor dipercayai telah dihanyutkan arus deras dalam kejadian pada 5 pagi, Ahad lepas.

Media Baharu