fb fb fb fb fb

Operasi Khas Pengarah: Lebih 200 notis saman dikeluarkan di Perlis

Foto JPJ Perlis

ARAU, 29 Januari- Sebanyak 222 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Pengarah, semalam.

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, operasi melibatkan 30 orang pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ Perlis dilaksanakan di Kilometer 26 Jalan Changlun-Kuala Perlis dan Kilometer 1 Jalan Kangar-Alor Setar .
 
"Notis saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan berkaitan teknikal (64 kes), pelesenan kenderaan dan insurans (63 kes), pelesenan pemandu (60 kes) dan lain-lain kesalahan (35 kes).

"Sasaran operasi ini adalah untuk memastikan pematuhan peraturan jalan raya di Perlis dan peningkatan keselamatan kenderaan perdagangan dalam kalangan pemandu dan pengusaha kenderaan komersial," katanya menerusi kenyataan.

Jelas Fatimah, JPJ Perlis akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM