fb fb fb fb fb

Operasi Carilamat nelayan hilang terus dipergiat

KUALA TERENGGANU, 8 April- Operasi Carilamat seorang lagi nelayan yang masih belum ditemukan sedang dipergiat.

Mangsa dilaporkan hilang ketika bot yang dinaiki karam di 8.8 batu nautika dari perairan Pulau Kapas, semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten (M) Muhammad Suffi Mohd Ramli dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Wan Mustapha Ayob, 62 tahun masih belum ditemui.

"Bagaimanapun dua lagi kru bot tersebut, Rosmadi Rahim dan Anuar Muhamed Nor berjaya diselamatkan nelayan lain yang melalui kawasan itu. Difahamkan, kedua-dua nelayan itu memakai jaket keselamatan," kata Suffi kepada pemberita RTM.


(Peta lokasi bagi operasi Carilamat nelayan hilang diperluas pihak berkuasa)

Pencarian diperluas sehingga 96.6 batu nautika persegi meliputi Pulau Kapas, perairan Dungun hingga Paka.

"Keseluruhan operasi melibatkan 46 anggota dan kapal Maritim Malaysia, Pesawat Udara Bombardier CL415, pesawat Bomba AW 139 dan bot PTL 26 Jabatan Perikanan serta bot nelayan tempatan," tambahnya.

Laporan meteorologi menjangkakan cuaca perairan hari ini hujan sehingga malam di beberapa kawasan manakala angin boleh bertiup dengan kelajuan 10 ke 20 kilometer sejam dengan ketinggian ombak antara 0.5 hingga 1 meter.

Media Baharu