fb fb fb fb fb

Operasi carilamat guru hilang dipergiat JBPM Kedah

Foto Ihsan JBPM Kedah

KULIM, 11 November- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat di hutan Pusat Rekreasi Sedim, Kulim,Kedah.

Ketua Zon 3 JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rahimi Ali berkata operasi SAR dilakukan dikawasan terbabit melibatkan tiga zon pencarian.

Katanya, Zon 1 dari Pusat Kawalan Bomba(PKB) menuju ke Puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer (km) manakala Zon 2 dari PKB ke kawasan bahagian bawah sejauh 2 kilometer.

Mohd Rahimi berkata pencarian di zon tiga pula dilakukan dari PKB melalui laluan trek 2 kilometer.

Laporan berhubung kehilangan mangsa Mohd Hafiz Jasmi diterima pada pukul 4.25 petang, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Pasukan Must Team, Unit Anjing Pengesan (K9) serta Pasukan Penyelamat Di Air PPDA dilibatkan dalam operasi itu.

Setakat ini, petunjuk yang ditemui dilokasi adalah sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu.

Usaha mencari mangsa Mohd Hafiz Jasmi yang dilakukan sejak semalam ditangguhkan pukul 5.30 petang tadi berikutan faktor hujan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM