fb fb fb fb fb

Op Selamat 23: Johor catat penurunan kemalangan

Foto Hiasan

JOHOR, 4 Februari- Johor merekodkan penurunan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 4.5 peratus iaitu 1,169 kes direkodkan tahun ini, berbanding 1,221 kes pada tahun lalu, menerusi Op Selamat 23 yang dijalankan sempena dengan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, jumlah kemalangan maut juga merekodkan penurunan, iaitu sebanyak lapan kes dicatatkan pada tahun ini, berbanding 13 kes pada 2024.

"Trend penurunan juga dapat dilihat dalam jumlah saman dikeluarkan, dengan 11,645 saman direkodkan pada tahun ini, berbanding 23,386 saman pada tahun lalu.

"Selain itu, 40 individu ditahan, kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dan memandu secara melulu dan berbahaya," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, pendekatan penguatkuasaan penuh, serta advokasi yang dijalankan Polis Johor, menyumbang kepada penurunan kadar kes kesalahan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM