KUALA LUMPUR, 8 Disember - 60 tan bekalan keperluan menerusi Op Ihsan akan dihantar ke Gaza pada 17 Disember ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dua penghantaran bantuan kemanusiaan sebelum ini telah selamat sampai kepada penduduk di Gaza.
"Penghantaran pada kali ini akan melibatkan lebih banyak berbanding dengan penghataran pertama dan kedua. Penghataran pertama sebanyak 20 tan kedua pun 20 tan dan penghataran kali ini InsyaAllah 60 tan kita harapkan penghantaran selamat sampai ke sansarannya," katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sehubungan itu Zambry mengajak orang ramai agar sama-sama berdoa agar misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan siri ketiga kepada penduduk Palestin di Gaza pada 17 Disember depan dipermudahkan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zambry menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Anwar sebelum itu makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta yang terletak berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.