fb fb fb fb fb

Op ATM: 109 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan 8,533 premis

KUALA LUMPUR, 14 Julai- Sebanyak 8,533 pemeriksaan premis telah dilakukan sejak Op Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) dilaksana bermula 23 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil pemeriksaan tersebut, 109 kesalahan dikesan melibatkan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan.

"Berdasarkan kepada kes, negeri yang paling 'hotspot' untuk penyelewengan dan penyeludupan ialah Kelantan dan juga Sabah," katanya selepas menjadi tetamu rancangan Biz Malaysia di Angkasapuri.

(Shamsul Nizam Khalil, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP)

Tambah beliau, kekerapan penguatkuasaan di kawasan 'hotspot' tersebut berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barangan kawalan terutamanya minyak masak.

Op ATM yang dilaksana ketika ini melibatkan lebih 2,000 pegawai penguat kuasa bagi memastikan peniaga patuh kepada harga siling baharu barangan.

Media Baharu