fb fb fb fb fb

Obesiti dewasa Terengganu meningkat 79 peratus, remaja kekal 29 peratus

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Kasemani Embong

KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Isu obesiti dalam kalangan penduduk dewasa di Terengganu menunjukkan peningkatan ketara daripada 60.8 peratus pada tahun 2011 kepada 76 peratus pada tahun 2023.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Kasemani Embong, pemakanan tidak seimbang merupakan punca utama selain masyarakat meluangkan masa lebih banyak dengan gadjet berbanding melakukan aktiviti bersenam.

Katanya, selain golongan dewasa, golongan remaja juga turut menghadapi masalah yang sama namun pada peratusan yang lebih rendah.

“Peratusan obesiti dalam kalangan remaja kekal pada kadar 29 peratus sejak tahun 2012 hingga tahun 2022. Ini bermakna kira-kira satu daripada tiga remaja mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Keadaan ini amat membimbangkan kerana obesiti merupakan salah satu faktor risiko utama kepada penyakit tidak berjangkit," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kempen Kesedaran Obesiti Agenda Negeri Terengganu Sihat 2025 yang diadakan di Batu Burok, di sini.

Seramai 500 perserta menyertai pelbagai program yang disediakan termasuk aktiviti 'Fun Walk' dan 'Fun Run'.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE