fb fb fb fb fb

NUTP mahu kerajaan wujudkan jawatankuasa khas kaji beban guru

BANDAR HILIR, 15 Disember- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.

Presiden NUTP Malaysia, Aminuddin Awang berkata , dengan mewujudkan jawatankuasa tersebut ia sebagai mencari penyelesaian kepada beban tugas berlebihan
sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.

Antara beban yang menjadi keluhan guru-guru ialah merangkumi adalah hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

"Guru-guru terpaksa laksanakan tugas-tugas yang tidak berkaitan, namun sekiranya ia tugas profesional ia boleh diterima.

"Kalau beban, mana-mana kerja pun mempunyai beban yang tersendiri namun ia adalah merangkumi cakupan kerja atau tugas hakiki yang sepatutnya dilakukan," katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara NUTP Malaysia dan A Tech Insure Sdn Bhd di sini, hari ini.

(Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

Turut hadir Pengerusi A Tech Insure Sdn Bhd , Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Dalam pada itu Aminuddin turut mengharapkan agar isu pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dapat diselesaikan dengan segera oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurutnya, permasalahan yang tidak diselesaikan itu dikhuatiri menjadi punca guru untuk memilih bersara awal.

Selain itu, NUTP berharap Menteri Pendidikan dapat meneruskan dasar atau inisiatif baik agar guru dan murid tidak terbeban dengan perubahan dasar.

Media Baharu