fb fb fb fb fb

JPJ kutip hasil RM4.6 bilion

TIANG DUA, 15 Disember- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM4.6 bilion bagi tahun ini sehingga 11 Disember.

Jumlah itu melebihi sasaran iaitu RM4.12 bilion.

Kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11.91%.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Zailani Hashim berkata, kutipan menerusi Lesen Kenderaan Motor mencatatkan hasil tertinggi iaitu RM2.63 bilion berdasarkan rekod sehingga Oktober.

Ia diikuti kutipan hasil untuk Lesen Memandu sebanyak RM483 juta; JPJ e-BID RM421 juta; Bayaran Pendaftaran Kenderaan RM134 juta dan Bayaran Menyelesaikan Tanpa Perbicaraan berjumlah RM119 juta.

“JPJ berjaya mengutip hasil melebihi sasaran pada akhir bulan Oktober. Daripada jumlah kutipan hasil itu, setiap hari JPJ mengutip hasil daripada kerajaan tidak kurang RM12 juta bagi satu hari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Akademi JPJ bersama Media di sini.

Tambahnya, kutipan hasil ini turut dibantu dengan pembukaan Kaunter Bergerak JPJ (mobil JPJ) dan Kios Layan Diri JPJ.

(Foto hiasan)

Media Baharu