fb fb fb fb fb

KPM fokus tujuh teras utama, perkasa sistem pendidikan negara

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 15 Disember- Tujuh teras utama menjadi fokus Kementerian Pendidikan dalam menerajui aspirasi sistem pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahu kementerian itu menumpukan kepada komunikasi antara kementerian dan sekolah yang lebih telus, penekanan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

(Fadhlina Sidek/FOTO BERNAMA)

Selain mengatasi kemiskinan multidimensi dan keciciran pendidikan serta fokus kepada kebajikan guru, usaha menaiktaraf sekolah-sekolah daif dan meningkatkan keupayaan digital di sekolah.

"Bagi mengurangkan ketidakseimbangan birokrasi dalam urusan guru dan murid, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukan terus melalui saluran rasmi termasuk Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli dan kaunter khidmat pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Kementerian Pendidikan, di sini hari ini.

Aktifkan semula MPPK, sumbang idea kepada KPM

Sementara itu, Fadhlina berkata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan diaktifkan semula seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Ia bakal dianggotai 15 ahli terdiri daripada pemegang taruh dalam bidang pendidikan seperti aktivis, guru, bekas guru dan ahli akademik.

MPPK akan memberi idea dan pandangan kepada Kementerian untuk merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

"Dengan adanya MPPK ini diharapkan akan dapat menyumbang idea dan pandangan kepada KPM dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara," menurut beliau.

Pada masa sama, Fadhlina memberi komitmen akan meneruskan dasar-dasar sedia ada di samping menambah baik proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pendidikan.

Media Baharu