fb fb fb fb fb

Perjanjian sokongan beri ruang kepada kerajaan fokus pentadbiran negara

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Ketua-ketua parti politik perlu menjadikan isu kestabilan ekonomi, politik dan kebajikan rakyat sebagai agenda utama menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Program Sains Politik UKM, Dr Muhammad Nadzri Mohamed Noor berharap mereka dapat memastikan segala dasar positif dilaksana dengan baik.

"Perjanjian bertulis dan yang boleh diakses oleh umum itu, sangat penting.

"Kita nak pastikan kerajaan gabungan itu berdaya tahan, sekali gus membolehkan kerajaan itu mendapat kestabilan dan memberi fokus kepada isu-isu penting dalam negara, peringkat serantau dan juga di luar negara.

"Memberi ruang kepada pentadbiran semasa, memberi fokus yang penuh dalam bertindak balas kepada keperluan, kehendak dan kemahuan yang diperlukan oleh rakyat," katanya.

(Dr Muhammad Nadzri Mohamed Noor)

Beliau berkata demikian kepada RTM sebagai mengulas mengenai satu perjanjian yang bakal dimeterai antara ketua-ketua parti esok.

Siang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata perjanjian itu akan ditandatangani ketua-ketua parti yang bersetuju bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Media Baharu