fb fb fb fb fb

KDN belum terima aduan kebocoran data Air Asia

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 15 Disember – Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kebocoran data pengguna dan kakitangan Air Asia.

Demikian dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

“Setakat saya di sini dari pagi tadi saya tidak menerima apa-apa lagi,” kata Datuk Seri Saifuddin.

Beliau berkata demikian berhubung aduan kebocoran data pengguna dan kakitangan Air Asia yang didedahkan semalam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan semalam mendedahkan siasatan dalaman pihak kementerian mendapati berlaku jenayah penggodaman oleh pihak luar.

Katanya, siasatan awal berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan Air Asia mendapati berlaku serangan siber ke atas sistem pelayan syarikat penerbangan murah itu pada 12 November lalu berpunca daripada akses tanpa kebenaran yang mengakibatkan berlakunya serangan perisian tebusan.

Susulan insiden tersebut, Capital A diarah mengemukakan dokumen keterangan dan bukti data pengkomputeran kepada Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Media Baharu