fb fb fb fb fb

KWSP alami gangguan perkhidmatan di semua saluran, cawangan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara di semua cawangan dan salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

KWSP dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan ia memahami kebimbangan majikan untuk memenuhi tarikh akhir caruman.

(FOTO HIASAN)

"KWSP sedang mengambil semua langkah untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sepenuhnya dengan kesulitan minimum kepada majikan.

"Kesulitan amat dikesali dan KWSP akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa," katanya.

Justeru, memahami kesulitan itu pihak pengurusan bersetuju untuk melanjutkan pembayaran bulan caruman semasa dari 15 Disember 2022 kepada 30 Disember 2022.

Media Baharu