fb fb fb fb fb

Masalah bekalan telur akibat kurang pengeluaran

JOHOR, 15 Disember- Kekurangan jumlah pengeluaran telur ayam di Johor daripada jangkaan 1.7 billion kepada 1.3 billion antara Januari hingga September, menjadi salah satu faktor kepada masalah bekalan telur dipasaran.

Ia disebabkan pihak pengusaha atau penternak mengurangkan ternakan ayam telur, akibat kos operasi yang meningkat.

EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, tindakan eksport telur ke luar dari Johor atas permintaan seperti ke Singapura dan negeri-negeri lain turut menyumbang kepada kekurangan bekalan itu ketika ini.

"Sepatutnya sekiranya masalah ini berjaya ditangani seperti yang pernah dilakukan dahulu, ia boleh mengurangkan masalah bekalan telur.

"Johor tiada isu akibat kekurangan telur, kerana Johor pengeluar telur utama," katanya di sini.

Bagaimanapun arahan untuk sekatan eksport telur ke luar negara atau negeri hanya boleh dibuat diperingkat kerajaan persekutuan

Beliau akan membawakan isu kekurangan bekalan telur di Johor dalam pertemuan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu minggu hadapan.

(Foto hiasan)

Media Baharu