fb fb fb fb fb

NS Fest 2022 sasar RM2 juta hasil jualan

SEREMBAN, 28 Julai- Hasil jualan berjumlah RM2 juta disasarkan menerusi Negeri Sembilan Fest (NS Fest 2022) yang berlangsung sehingga 31 Julai ini bertempat di Dataran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi jualan dan pameran produk usahawan kraftangan serta makanan selain penglibatan 80 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS sektor pemakanan, perkhidmatan serta tekstil.

NS Fest 2022 merupakan gabungan tiga program tahunan utama negeri iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Bulan Usahawan Negeri Sembilan serta Food Fest Negeri Sembilan.

"Tadi pempamer ada lebih kurang 250, iaitu daripada penternak nelayan ada 70 gerai, arena usahawan ada 76 gerai, pameran jabatan dan agensi kerajaan ada 42 gerai manakala NS Food Festival ada 45 gerai,"kata Aminuddin.

Antara tarikan utama NS Fest 2022 adalah festival makanan yang mengetengahkan 45 peniaga tempatan bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai keunikan makanan tempatan popular, pameran lembu sado serta buah nangka yang berasal dari Jempol iaitu nangka J41. 

Pada majlis sama Datuk Aminuddin turut melancarkan Program Kibar Jalur Gemilang 2022 sempena Sambutan Hari Kebangsaan.

 


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada perasmian NS Fest 2022)

Media Baharu