fb fb fb fb fb

Bayi lelaki 10 bulan terkunci dalam kereta berjaya diselamatkan JBPM

JITRA, 28 Julai - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang terkunci lebih sejam, di dalam sebuah kereta berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Tengku Sarina, Jitra, Kedah pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain menerusi kenyataan berkata Pusat Gerakan Operasi PGO menerima panggilan mengenai kes itu pada pukul 7.40 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan PBK II Mohd Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian.


(Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang terkunci lebih sejam di dalam sebuah kereta
berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh JBPM Kedah)

Setiba di lokasi, didapati bayi lelaki berusia 10 bulan itu masih terperangkap di dalam kereta yang terkunci.

Anggota yang bertugas berjaya membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas yang dibekalkan.

Bayi berkenaan kemudian diserahkan kepada keluarganya dan operasi tersebut tamat pada pukul 8.34 pagi.

Media Baharu