fb fb fb fb fb

NRES sasar pemulihan ekosistem kitar semula negara menjelang 2026

Nik Nazmi (empat,kiri) ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Syarikat Megatrax Plastic Industries Sdn BHd di Kampus UTeM, Alor Gajah hari ini/Foto FB Nik Nazmi

MELAKA, 20 Mac - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyasarkan untuk membangunkan ekosistem kitar semula negara menjelang tahun 2026, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Susulan itu, pengeluar produk bertanggungjawab terhadap proses kitar semula dan pelupusan produk yang dikeluarkan memandangkan kadar kitar semula bahan buangan di negara ini masih rendah.

"Ini terutamanya melibatkan bahan plastik yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

"Maknanya pembuat itu ada tanggungjawab terhadap bahan yang mereka hasilkan, tidak hanya dilepaskan kepada peruncit dan juga pengguna dan seterusnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk uruskan.

"Tapi ada tanggungjawab di pihak mereka untuk mendapatkan semula...perkara ini boleh dikitar semula dan digunakan juga oleh mereka tapi hari ini kita tengok kadar kitar semula plastik misalnya sangat rendah dan kita tengok bahan plastik tidak diuruskan dengan baik maka ia menyumbang kepada masalah banjir," katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dan sebuah syarikat pengeluar plastik di Durian Tunggal hari ini.

Tambah beliau, dapatan daripada penyelidikan itu akan dijadikan sebagai maklumat untuk kerajaan membangunkan kerangka dan pembangunan protokol bahan buangan di peringkat kebangsaan.

Malaysia dijangka mempunyai kira-kira 24.5 juta unit bahan buangan elektrik dan elektronik pada 2025 yang juga memberi peluang kepada negara untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti 'urban mining'.

GRACE AISYAH KEDAYAN