KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial adalah notis pemberitahuan untuk berjaga-jaga terhadap ancaman siber.
Notis tersebut dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.
Melalui kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.
Notis FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan.