fb fb fb fb fb

PERODUA komited kurangkan tempoh tunggu pelanggan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- PERODUA komited untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dan akan terus memenuhi tempahan kereta tertunggak.

Pengeluar kereta nasional itu dijangka dapat menguruskan tempoh menunggu menjadi lebih singkat mulai Januari, tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memaklumkan, jualan suku ketiga tahun ini meningkat sebanyak 28.3 peratus kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit pada suku yang sama tahun sebelumnya.

"Ini berikutan faktor pengeluaran yang bertambah baik.

"Buktinya, kecekapan operasi yang lebih baik di bahagian pengeluaran yang menyaksikan lebih 91,000 unit kenderaan dikeluarkan.

"Pengeluaran PERODUA pada suku keempat tahun ini menjadi yang tertinggi dalam sejarah syarikat," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM