fb fb fb fb fb

Nor Azmie dilantik Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi JPM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri) bersama Datuk Nor Azmie (kanan)
yang dilantik Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU)/FB KSN)


PUTRAJAYA, 14 November- Datuk Nor Azmie Diron dilantik Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini. 

Nor Azmie, 53, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Makro) EPU.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan Nor Azmie adalah berdasarkan kelayakan serta pengalaman beliau sepanjang memegang beberapa jawatan dalam pelbagai bidang. 

Beliau berkata Nor Azmie berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi makro dan penswastaan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, Nor Azmie dapat menjayakan visi EPU sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, progresif dan mampan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya. 

(Datuk Nor Azmie Diron dilantik Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM)/FB EPU)


Menurut kenyataan itu, Nor Azmie berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 25 Januari 1995 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan ljazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Media Baharu