fb fb fb fb fb

Nombor plat 'fancy' kesalahan paling popular di Malaysia

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stein Van Lutam / RTM

SUNGAI PETANI, 23 Januari- Individu atau pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran  tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti nama individu boleh dikenakan tindakan saman.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stein Van Lutam berkata  kesalahan berkenaan adalah salah satu daripada kesalahan yang sering dilakukan pengguna jalan raya.

"Itu salah satu kreativiti rakyat Malaysia selagi boleh eja nama untuk nombor plat yang kita sediakan, sudah tentu ada kecenderungan untuk itu.

"Tetapi bagi kita, ia melanggar peraturan, mana-mana pihak yang modifikasi menggunakan nombor 'fancy' untuk kenderaan, kita akan tetap saman," katanya.

Kata Stein Van Lutam, tindakan boleh dikenakan bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM250,000  atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Kedah 2025 di Pasar Pagi Taman Intan .

Majlis disempurnakan oleh  Pengerusi JK Pertanian, Perladangan Dan Pengangkutan Negeri Kedah Dzowahir  Ab. Ghani yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Kedah.

Dalam  itu juga sebanyak 100 buah topi keledar dewasa dan 30 topi keledar kanak-kanak baharu disediakan pengunjung membuat penukaran dengan topi keledar lama.

JPJ Kedah sebelum mengenakan  tindakan saman terhadap sebuah kereta milik seorang wanita, mengunakan plat WATI yang tidak mengikuti spesifikasi nombor pendaftaran sebenar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE