fb fb fb fb fb

NIOSH meterai 139 dokumen kerjasama, perluas kesedaran impak perubahan iklim

Foto FB NIOSH

KUALA LUMPUR, 28 April- 139 dokumen kerjasama dimeterai Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melibatkan pelbagai organisasi dan agensi.

Ia ke arah memperluas kesedaran berkaitan impak perubahan iklim terhadap keselamatan pekerja.

Naib Pengerusi NIOSH, Manivanan Gowin memaklumkan menerusi kolaborasi itu, pelbagai program kesedaran, latihan, perkhidmatan rundingan dan kajian, dilaksana.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), perubahan iklim akan menyebabkan kira-kira 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai risiko.

ILO juga menjangkakan jumlah kematian dalam kalangan pekerja di luar pejabat boleh mencecah 860,000 setiap tahun.

Justeru, sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2024, semua pihak diseru untuk berkerjasama dalam menangani ancaman perubahan iklim terhadap pekerja.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM