fb fb fb fb fb

Kuala Lumpur zahir penghargaan kepada Bangkok, bantu rakyat terkandas di Hat Yai

Foto FB UNITED SIKHS Malaysia

PUTRAJAYA, 28 November– Malaysia menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Thailand atas komitmen membantu rakyat negara ini yang terkandas akibat banjir di Hat Yai.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerjasama erat dengan pihak berkuasa, khususnya antara institusi polis kedua-dua negara, memudahkan pelaksanaan operasi menyelamat.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, atas bantuan dan keutamaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia dalam usaha menyelamat mereka yang terkandas di Hat Yai. "

"Beberapa usaha lain juga sedang dijalankan bagi memastikan semua yang terkandas  dapat dibawa pulang,” katanya.

Tambah beliau, pasukan sukarelawan Malaysia yang terdiri daripada 45 anggota telah menamatkan operasi mereka malam tadi selepas lima hari terlibat dalam misi menyelamat. 

"Pasukan ini merangkumi sukarelawan dari Johor, Perak, Selangor serta beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia dan telah pulang ke tanah air hari ini."

Datuk Fahmi Fadzil berkata demikian pada Sidang Media Mingguan selepas mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

SITI NOORAIN ABDULLAH