fb fb fb fb fb

Beberapa kawasan di Sepang dinaiki air

Pegawai Kanan Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Penguasa Bomba Qalam Abdul Halim ketika ditemui pemberita di Sepang/RTM

SEPANG, 28 November -Hujan berterusan sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan, di sini dinaiki air hingga memaksa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Pegawai Kanan Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Penguasa Bomba Qalam Abdul Halim, seramai 22 penduduk terjejas banjir diselamatkan anggota bomba dari kediaman mereka pada pagi tadi.

"Dari masa ke masa kita teruslah membuat pemantauan di sekitar daerah Sepang ini. Terutama di kampung-kampung yang terjejas ini dan kita juga memantau lah paras air sungai dan sebagainya untuk kita sentiasa bersiap sedia lah sekiranya ada panggilan-panggilan kecemasan daripada penduduk-penduduk ini. Jadi penduduk-penduduk ini kita nasihatkan untuk kita bawa KPPS lah, untuk kita kumpul di sana dan mendapatkan perlindungan lah," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, operasi penyelamatan pada kali ini melibatkan kekuatan 26 anggota daripada Balai Bomba KLIA, Balai Bomba Sepang dan Bomba Sukarela Serdang.

Jelas beliau, pasukan penyelamat menasihatkan penduduk agar berpindah ke PPS bagi keselamatan, sementara pemantauan diteruskan sehingga situasi kembali pulih.

TETITIA YUSOFF