fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR tidak catat dagangan tengah hari

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 April- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi dagangan tengah hari ini.

Pada waktu rehat tengah hari, kontrak bulan semerta April 2023, Mei 2023, Jun 2023 dan September 2023 semuanya masih terikat pada 97.23.

Kedua-dua jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Di pasaran tunai pada penetapan pukul 11.00 pagi, KLIBOR tiga bulan asas berada pada 3.57 peratus. - BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu