fb fb fb fb fb

JPJ nafi keluar nombor pendaftaran 'Madani'

(Foto FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

KUALA LUMPUR, 14 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pihaknya mengeluarkan nombor pendaftaran kenderaan siri 'Madani', seperti yang disebarkan di media sosial.

JPJ memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan ringkas melalui Facebook rasminya hari ini, sambil menasihatkan orang ramai agar menghubungi JPJ untuk maklumat sahih.

"Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya serta menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih," menurut kenyataan itu.

(Foto fail)

Media Baharu