fb fb fb fb fb

Bot karam: Mayat ketiga ditemukan, seorang masih hilang

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

SAPULUT, 14 April- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon di sini yang memasuki hari keempat menemukan satu lagi mayat milik lelaki dewasa, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan sekitar pukul 9.30 pagi, pada kedudukan kira-kira 10 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Pengawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mukim Atah berkata, mangsa ketiga dalam tragedi itu dipercayai penduduk kampung yang terjatuh ke dalam sungai ketika turut serta dalam operasi SAR pada Selasa.

Operasi SAR mencari seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang masih hilang sedang giat dijalankan.

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Artikel berkaitan:
Bot karam: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan

Media Baharu