fb fb fb fb fb

Dewan Komuniti Coral Heights telan belanja RM4 juta

SIKAMAT, 14 April- Pembinaan Dewan Komuniti Coral Heights di sini dapat memanfaatkan kira-kira 5,000 keluarga dari kawasan setempat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia dapat menjadi alternatif kepada masyarakat setempat untuk mengadakan majlis di Dewan Komuniti tersebut.

"Dewan berkenaan dibina melalui peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM4 juta.

"Dewan tersebut mempunyai keluasan 1,845 meter persegi dan berkapasiti 800 orang.

"Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pentas, bilik mesyuarat, pejabat, bilik persalinan, empat gelanggang badminton dan sebuah gelanggang futsal.

"Dewan berkenaan diharap dapat digunakan dengan sebaiknya untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang membawa manfaat kepada semua penduduk,"
katanya kepada pemberita di sini.


(Dewan berkenaan dibina melalui peruntukan daripada Kerajaan
Persekutuan berjumlah RM4 juta)

Media Baharu