fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal dagangan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniaga rendah pagi ini, sejajar dengan pergerakan pasaran tunai asas.

Pada pukul 9.22 pagi, kontrak Jun 2023 susut 5.5 mata kepada 1,375.0, Julai 2023 turun 6.0 mata menjadi 1,376.0 dan Disember 2023 lemah 5.0 mata kepada 1,363.5.

Kontrak September 2023 pula menambah satu mata kepada 1,370.0.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 906 lot dan 40,339 kontrak.

Pada pukul 9.42 pagi, FBM KLCI turun 6.88 mata kepada 1,376.29 daripada 1,383.17 pada penutup Selasa.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu