fb fb fb fb fb

Usahawan muda perlu tingkat ilmu, pengalaman

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Usahawan muda perlu mempertingkatkan ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan bukan hanya mahir dalam pendigitalan semata-mata.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor berkata ia penting untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga ke peringkat global.

"Perbanyakkan lagi ilmu daripada segi perkhidmatan dan lain-lain. Jika pendigitalan ini mereka lebih cekap tetapi daripada segi pengalaman dan industri mereka kurang, perlu terdapat sedikit pengalaman agar mereka terus berjaya.

"Pelbagai lambakan program serta dana dari kementerian dan agensi yang terlibat juga akan membantu usahawan baharu terutamanya usahawan muda untuk berjaya," katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu