fb fb fb fb fb

NETR percepat usaha peralihan tenaga

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Kerajaan sedang merangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara NETR dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen , HETR bagi mempercepat usaha peralihan tenaga negara.

Pelan yang dijangka dilancarkan pada separuh ke dua tahun ini, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mencapai sasaran Sumbangan Nasional yang Ditentukan NDC .

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut penting untuk dicapai memandangkan NDC juga terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara 2021-2040.

"Bagi melaksanakan dasar ini dengan jayanya agar mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemajuan sosioe-konomi negara , kerajaan sedang membangunkan beberapa pelan hala tuju strategik.

"Paling penting ialah Pelan NETR yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan insentif berimpak tinggi dalam usaha mempercepatkan usaha peralihan tenaga", katanya

ketika berucap merasmikan Persidangan Energy Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu