fb fb fb fb fb

Had usia kenderaan Institut Memandu dilanjutkan 10 tahun

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 26 Jun-Kerajaan akan melanjutkan had usia penggunaan kenderaan di Institut Memandu (IM) daripada tujuh tahun kepada 10 tahun.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kelonggaran tersebut wajar kerana kebanyakan Pusat Memandu terkesan sewaktu Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kita longgarkan sedikit dasar kita daripada had usia kenderaan itu daripada tujuh kepada 10 tahun dan permintaan tersebut munasabah.

"Namun, kita perlu nyatakan kepada semua pengusaha agar menjaga keselamatan kenderaan yang merupakan tanggungjawab masing-masing", katanya selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.

Tambah Anthony lagi, MOT tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen IM, jika berlaku pengabaian penjagaan keselamatan kenderaan yang terlibat.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/FOTO RTM)

Media Baharu